DUNIA
Jerman lulus undang-undang larang penggunaan gas ketawa bagi golongan bawah umur
Dewan atas parlimen, Bundesrat, meluluskan undang-undang berkenaan pada Jumaat selepas ia mendapat kelulusan dewan rendah, Bundestag, sebelum ini. - Foto REUTERS
BERLIN: Ahli Parlimen Jerman telah meluluskan undang-undang yang melarang individu di bawah usia 18 tahun daripada memiliki atau membeli nitrus oksida, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bahan yang turut dikenali sebagai gas ketawa itu semakin meluas penggunaannya di Jerman sebagai dadah rekreasi dalam kalangan pengunjung parti.
Dewan atas parlimen, Bundesrat, meluluskan undang-undang berkenaan pada Jumaat selepas ia mendapat kelulusan dewan rendah, Bundestag, sebelum ini.
Di bawah undang-undang baharu itu, jualan dalam talian serta pembelian melalui mesin layan diri akan dilarang sepenuhnya.
Pengambilan nitrus oksida dikaitkan dengan risiko kesihatan yang tinggi terutama bagi golongan bawah umur, merangkumi gejala pengsan sehinggalah kepada kerosakan kekal pada sistem saraf.
Selain itu, peraturan baharu yang ketat juga akan dikenakan terhadap bahan kimia gamma-butyrolactone (GBL) dan 1,4-butanediol (BDO). Bahan berkenaan dikenali sebagai "titisan pelali" yang sering dicampurkan ke dalam minuman sebagai dadah untuk merogol.
Peraturan baharu itu dijangka mula dikuatkuasakan pada April 2026.
-- BERNAMA