DUNIA
Jerman tangguh pemulangan pencari suaka ke Greece sehingga Jun 2026
Dobrindt berkata langkah ini adalah sebahagian daripada kompromi yang dicapai dalam EU sehingga pakatan itu berkuat kuasa. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Jerman tidak akan menghantar pulang pencari suaka ke Greece sehingga Pakatan Kesatuan Eropah mengenai Migrasi dan Suaka mula berkuat kuasa pada 12 Jun 2026, menurut akhbar Die Welt pada Jumaat, memetik Menteri Dalam Negeri Jerman Alexander Dobrindt, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
Kerajaan Jerman tidak lagi akan menghantar pulang pencari suaka yang datang dari Greece untuk memproses permohonan mereka di negara itu sebaliknya membenarkan proses itu dijalankan di Jerman, kata Dobrindt kepada akhbar itu.
Beliau berkata langkah ini adalah sebahagian daripada kompromi yang dicapai dalam EU sehingga pakatan itu berkuat kuasa. Sebagai balasan, Jerman tidak perlu menerima migran melalui mekanisme solidariti baharu pada tahun pertama pelaksanaan pakatan itu.
Namun, skim baharu ini hanya terpakai kepada pencari suaka dan bukan kepada pelarian yang sudah diberikan status perlindungan di Greece, yang akan dihantar pulang, kata Dobrindt.
Ketika ini, EU menetapkan tempoh enam bulan untuk penghantaran pulang individu yang permohonan suaka mereka diproses oleh negara anggota lain. Oleh kerana tempoh ini sering terlepas, Jerman kini bertanggungjawab ke atas sebilangan besar pencari suaka yang pada asalnya didaftarkan di Greece, lapor Die Welt.
Pada Isnin, Dobrindt berkata Jerman tidak akan menerima pencari suaka dari negara EU lain di bawah mekanisme solidariti tahun depan. Menteri Dalam Negeri Poland Marcin Kierwinski, berkata Brussels merancang untuk memindahkan 21,000 migran tanpa dokumen pada 2026.
Majlis EU meluluskan pakatan itu pada Mei dalam usaha menangani migrasi haram dan pemerdagangan manusia, serta memperkukuh penalti bagi jenayah berkaitan. Reformasi ini merangkumi pengagihan adil migran antara negara EU untuk mengurangkan tekanan ke atas negara anggota yang berada di sempadan luar. Pakatan itu turut merangkumi, antara lain, "sistem tanggungjawab dan solidariti." Ia menetapkan yang jika sesebuah negara enggan menerima migran yang dipindahkan, negara itu mesti membayar EUR20,000 (US$23,400) bagi setiap individu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jerman tidak akan menghantar pulang pencari suaka ke Greece sehingga Pakatan Kesatuan Eropah mengenai Migrasi dan Suaka berkuat kuasa pada 12 Jun 2026, sejurus dengan kompromi yang dicapai dalam EU.
- Skim baharu ini membenarkan pemprosesan permohonan suaka di Jerman bagi pencari suaka yang tiba dari Greece, tetapi tidak terpakai kepada pelarian yang telah diberikan perlindungan di Greece.
- Pakatan EU ini, yang diluluskan pada Mei, bertujuan menangani migrasi haram dan pemerdagangan manusia serta mengukuhkan penalti jenayah berkaitan, termasuk pengagihan adil migran di kalangan negara EU untuk mengurangkan tekanan ke atas negara sempadan luar.