INTERNATIONAL
Jerman umum tambahan EUR10 juta untuk WHO susulan pengunduran AS
Warken berada di Geneva sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada Isnin, yang dijangka menyaksikan penerimaan rasmi perjanjian pandemik yang dimuktamadkan. - Foto REUTERS/Lisi Niesner
GENEVA: Jerman akan menyalurkan tambahan dana sebanyak EUR10 juta (US$11.2 juta) kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai respons terhadap pengumuman pengunduran Amerika Syarikat daripada organisasi itu, umum Menteri Kesihatan Jerman Nina Warken pada Ahad di Geneva, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sebelum ini, Jerman menyumbang tambahan EUR2 juta pada awal April lalu.
Dengan sumbangan ini, kerajaan Jerman menyatakan komitmen untuk menyokong WHO selepas pengunduran Amerika Syarikat, yang merupakan penyumbang terbesar organisasi itu.
Pengunduran Washington atas arahan Presiden AS Donald Trump dijangka berkuat kuasa pada awal 2026.
Dalam pertemuannya dengan Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus di Geneva, Warken menekankan pentingnya WHO meneruskan proses reformasi dan memberi tumpuan kepada tugas-tugas terasnya.
Antara keutamaan itu termasuk pemantauan kesihatan global, kesiapsiagaan menghadapi pandemik, kawalan penyakit dan akses saksama kepada rawatan perubatan.
Warken berada di Geneva sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada Isnin, yang dijangka menyaksikan penerimaan rasmi perjanjian pandemik yang dimuktamadkan.
Menurut data kementerian, Jerman menyumbang kira-kira EUR290 juta kepada WHO sepanjang tempoh dua tahun 2024-2025.
-- BERNAMA