awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Reagan Washington

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/01/2025
03:20 MYT
Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Reagan Washington
Imej tangkap layar menunjukkan sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 ketika menghampiri Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan Washington.
WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Rabu mengesahkan sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 ketika menghampiri Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan Washington.
FAA berkata, jet berkenaan merupakan penerbangan PSA Airlines 5342 dikendalikan bagi American Airlines berlepas dari Wichita, Kansas.
Laman web American Airlines menyatakan pesawat itu mampu membawa sehingga 65 penumpang.
Pihak berkuasa memaklumkan pelbagai agensi keselamatan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di Sungai Potomac, yang terletak berhampiran lapangan terbang berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung sebarang kemalangan jiwa.
Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, pihak lapangan terbang memaklumkan semua operasi pelepasan dan pendaratan dihentikan sementara bagi membolehkan pihak kecemasan menjalankan tugas mereka.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) turut memaklumkan sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung insiden berkenaan.
My god this video is terrifying. This is a look at the plane crash just minutes ago at the Reagan National Airport. Plane apparently crashed into the Potomac River. pic.twitter.com/2uYH4vw3Cy
— P.T. Ward (@HTWardish) January 30, 2025
Topic Berkaitan
#jet bertembung
#helikopter
#PSA Airlines
#Lapangan Terbang Reagan Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan