[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

Jet pejuang Korea Selatan rosak di Alaska, juruterbang sempat melenting keluar

Bernama 11/06/2025 | 04:50 MYT
Tentera Udara Korea Selatan memaklumkan siasatan akan dilancarkan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. - Gambar fail/ FB Republic of Korea Air Force
SEOUL: Sebuah jet pejuang KF-16 milik Korea Selatan yang terlibat dalam latihan udara bersama Amerika Syarikat di Alaska dilaporkan mengalami kerosakan, menurut Tentera Udara Korea Selatan.

Menurut Agensi Berita Yonhap, dua juruterbang berjaya melenting keluar dari pesawat itu selepas situasi kecemasan berlaku pada 9.02 pagi ketika latihan Red Flag Alaska.

Tentera Udara memaklumkan siasatan akan dilancarkan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

-- BERNAMA



#Korea Selatan #KF-16 #jet pejuang #pesawat terhempas