Jet pejuang AS terhempas, juruterbang terbunuh

Astro Awani
Jun 4, 2022 02:45 MYT
Pesawat FA-18E Super Hornet itu terhempas sekitar kawasan Trona, kira-kira 230 batu di tenggara pangkalannya di Stesen Udara Lemoore, California. -Gambar fail/AP
SACRAMENTO: Seorang juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terbunuh selepas jet pejuang dikendalinya terhempas di kawasan gurun California selatan.
Tentera Laut AS dalam satu kenyataan berkata pesawat FA-18E Super Hornet itu terhempas sekitar kawasan Trona, kira-kira 230 batu di tenggara pangkalannya di Stesen Udara Lemoore, California.
Identiti juruterbang terbabit tidak akan didedahkan sehingga 24 jam selepas waris mangsa diberitahu, tambah kenyataan itu.
Difahamkan tiada orang awam cedera dalam insiden itu.
#FA-18E Super Hornet #juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat #jet pejuang terhempas #Stesen Udara Lemoore