DUNIA
Jet persendirian terhempas di Lapangan Terbang Maine ketika ribut salji
Butiran lanjut mengenai keadaan penumpang dan anak kapal belum didedahkan, manakala punca kemalangan masih dalam siasatan. - Foto X/Todd Paron
BANGOR: Sebuah jet perniagaan persendirian yang membawa lapan orang terhempas ketika berlepas di Lapangan Terbang Bangor, negeri Maine, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad malam, ketika ribut salji melanda kawasan tersebut, lapor Xinhua.
Lapangan Terbang Antarabangsa Bangor dalam satu kenyataan berkata pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 7.45 malam waktu tempatan.
Susulan insiden itu, lapangan terbang berkenaan ditutup sementara.
Butiran lanjut mengenai keadaan penumpang dan anak kapal belum didedahkan, manakala punca kemalangan masih dalam siasatan.
Pihak berkuasa turut menilai kesan cuaca buruk terhadap operasi penerbangan pada waktu kejadian.