awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JK Rowling dikritik tuduh Trump abai budak berkerusi roda

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
30/07/2017
02:28 MYT
JK Rowling dikritik tuduh Trump abai budak berkerusi roda
J.K. Rowling dikecam kerana mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengabaikan seorang kanak-kanak berkerusi roda yang cuba bersalam dengan beliau. -Gambar fail/Reuters
PENULIS novel Harry Potter, J.K. Rowling dikecam kerana mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengabaikan seorang kanak-kanak berkerusi roda yang cuba bersalam dengan beliau.
Dalam sebuah video viral, Donald Trump dilihat bersalam-salaman dengan sekumpulan orang kecuali seorang kanak-kanak lelaki berkerusi roda yang cuba melambaikan tangan untuk bersalam dengannya.
Trump bertemu dengan sekumpulan "mangsa Obamacare" pada 24 Jun lalu sejurus sebelum memberikan sidang akhbar mengenai pembaharuan penjagaan kesihatan.
Penulis fiksyen itu kemudian menulis komen di Twitter untuk mengkritik tindakan Trump itu.
Menurut media antarabangsa, rakaman video itu dirakam selepas satu sidang media.
"Apabila seseorang menunjukkan kepada anda siapa mereka, percayalah mereka."
"Trump sebelum ini mengejek seorang wartawan yang kurang upaya. Sekarang dia berpura-pura tidak melihat seorang kanak-kanak di kerusi roda, seolah-olah beliau takut dengan tindakan mereka.
“Orang kurang upaya, minoriti, golongan transgender, golongan miskin, wanita (kecuali yang berkaitan kepadanya) dilayan dengan penghinaan, kerana mereka tidak seperti Trump,” tulis J.K Rowling.
'When someone shows you who they are, believe them.' - Maya Angelou https://t.co/Op6HUrRo80
— J.K. Rowling (@jk_rowling) July 28, 2017
Walau bagaimanapun, tindakan penulis novel itu mencetus kemarahan dalam kalangan netizen kerana menuduh Presiden AS itu tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Hal ini kerana video kejadian dipercayai disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Rakaman video penuh menunjukkan Trump berjabat tangan dengan kanak-kanak itu sebelum beliau memasuki bilik sidang dan menyampaikan ucapannya pada hari itu.
As much as I can't stand Trump it appears he did shake the boys hand. As I know I earlier posted about him not. https://t.co/MBgqXgYKqq
— Melanie (@melaniedeppen) July 29, 2017
Did you even attempt to watch the whole story? Your hatred is blinding you from reality... https://t.co/pxpOdD30yd
— Chad Miller (@thatchadmiller) July 29, 2017
SHAME ON YOU @jk_rowling Do you write #FakeNews to--along with the rest of the trash you write? https://t.co/SrX6Ajf7s7 https://t.co/sc10NafYI7
— Denyse Lake(@DenyseLake) July 29, 2017
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#JK Rowling
#mangsa
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan