DUNIA
Joe Biden jalani terapi radiasi bagi rawatan kanser prostat
Joe Biden kini menjalani terapi radiasi sebagai sebahagian daripada rawatan terhadap kanser prostat. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, kini menjalani terapi radiasi sebagai sebahagian daripada rawatan terhadap kanser prostat, menurut jurucakap beliau.
Jurucakap itu turut memaklumkan bahawa Biden yang bakal menyambut hari lahir ke-83 bulan depan juga menerima rawatan hormon, namun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai kaedah tersebut.
Menurut laporan NBC News, rawatan radiasi itu dijangka berlangsung selama lima minggu, menandakan fasa baharu dalam pelan rawatan Biden.
Pada Mei lalu, pejabat Biden mengumumkan, beliau disahkan menghidap kanser prostat dalam bentuk agresif yang telah merebak ke tulang.
Penemuan itu dibuat selepas beliau mengalami simptom berkaitan sistem kencing yang mendorong doktor menemui ketulan kecil pada prostatnya.
Pejabatnya ketika itu menjelaskan, Biden disahkan menghidap kanser prostate dengan skor Gleason 9 (Kumpulan Gred 5) dan metastasis pada tulang.
“Walaupun ini menunjukkan bentuk penyakit yang lebih agresif, kanser tersebut didapati sensitif terhadap hormon, sekali gus membolehkan rawatan dijalankan dengan berkesan,” menurut kenyataan pejabatnya.
Menurut Cancer Research UK, skor Gleason 9 menandakan penyakit itu tergolong dalam kategori berisiko tinggi, dengan sel kanser berpotensi merebak dengan cepat.
Sumber rapat kepada Biden memberitahu rakan media BBC, CBS News, bahawa bekas Presiden itu berada dalam keadaan baik dan memberi respons positif terhadap rawatan, manakala satu lagi sumber memaklumkan terapi radiasi itu bermula beberapa minggu lalu di Philadelphia.
Biden meninggalkan White House pada Januari lalu sebagai Presiden tertua dalam sejarah Amerika Syarikat.
Isu kesihatan beliau sering menjadi perbincangan sepanjang penggal pertamanya, hingga akhirnya membawa kepada keputusan untuk tidak meneruskan pencalonan semula dalam Pilihan Raya Presiden 2024.
Bekas Naib Presidennya, Kamala Harris, bertanding sebagai calon Demokrat tetapi tewas kepada penyandang kini, Donald Trump.
Selama bertahun-tahun, Biden merupakan penyokong tegar penyelidikan kanser.
Pada 2022, beliau dan isterinya, Jill Biden, melancarkan semula inisiatif “Cancer Moonshot”, dengan matlamat menggerakkan usaha penyelidikan bagi mencegah lebih empat juta kematian akibat kanser menjelang tahun 2047.
Biden sebelum ini kehilangan anak sulungnya, Beau Biden, akibat kanser otak pada 2015.
Beliau juga pernah menjalani rawatan kanser kulit sebanyak dua kali, masing-masing pada 2023 dan 2025.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Biden lebih banyak menjauhkan diri daripada tumpuan umum.
Pada Mei lalu, beliau tampil dalam temu bual pertamanya bersama BBC sejak meninggalkan White House dan mengakui bahawa keputusan untuk berundur daripada saingan pilihan raya adalah “satu keputusan yang sukar.”
Menurut Persatuan Kanser Amerika (American Cancer Society), kanser prostat merupakan kanser kedua paling lazim dalam kalangan lelaki, selepas kanser kulit.
Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) melaporkan, 13 daripada setiap 100 lelaki akan menghidap kanser prostat pada suatu ketika dalam hidup mereka, dengan usia dikenal pasti sebagai faktor risiko utama. - Agensi