awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joe Biden menang di Georgia, kukuhkan kedudukan sebagai bakal presiden

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2020
22:25 MYT
Joe Biden menang di Georgia, kukuhkan kedudukan sebagai bakal presiden
Biden mengukuhkan lagi kemenangannya ke atas Presiden Donald Trump selepas memenangi negeri Georgia. -Reuters
BAKAL Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengukuhkan lagi kemenangannya ke atas Presiden Donald Trump selepas memenangi negeri Georgia.
Menurut Edison Research, kemenangan itu sekali gus meninggalkan Trump dengan serpihan harapan untuk cuba mencabar kemenangan melalui tuntutan undang-undang dan kiraan semula undi.
Bagaimanapun Edison Research turut mengunjurkan North Carolina dimenangi Trump sekali gus memuktamadkan pilihan raya.
Biden memperoleh 306 undi elektoral manakala Trump ketinggalan dengan 232.
Angka itu memberi Biden kemenangan luar biasa ke atas Trump kerana menyamai rekod undi elektoral dimenangi Trump ketika mengalahkan Hillary Clinton pada 2016.
Walaupun Trump belum menyerah kalah secara rasmi, para pegawai Biden menegaskan bahawa mereka mahu bergerak ke arah proses peralihan.
Walaupun undi popular tidak menentukan keputusan pilihan raya, Biden tetap mendahului dengan lebih daripada 5.3 juta undi.
Undi popularnya, pada 50.8 peratus, sedikit lebih tinggi daripada undi Ronald Reagan pada tahun 1980 ketika mengalahkan Jimmy Carter.
Sementara itu, Trump mendakwa tanpa bukti bahawa beliau jadi mangsa penipuan pilihan raya secara meluas dan menolak untuk mengakui kekalahan.
Pegawai pilihan raya negeri tidak melaporkan sebarang penyelewengan serius dan beberapa tuntutan perundangan Trump di mahkamah telah gagal.
Untuk memenangi penggal kedua, Trump perlu menukar kedudukan Biden di sekurang-kurangnya tiga negeri.
Bagaimanapun, setakat ini beliau gagal mengemukakan bukti bahawa beliau boleh melakukannya di mana-mana negeri.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#presiden
#pilihan raya
#Georgia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan