Joe Biden namakan Kamala Harris sebagai calon Naib Presiden AS

Astro Awani
Ogos 11, 2020 22:56 MYT
Kamala Harris dianggap sebagai wanita berkulit hitam yang paling menyerlah dalam arena politik Amerika Syarikat. - Gambar fail REUTERS
CALON presiden Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat, Joe Biden menamakan Senator California, Kamala Harris sebagai regunya bagi Pilihan Raya Presiden, November depan.
BBC melaporkan, Harris merupakan wanita kulit hitam pertama yang diberi laluan sebagai calon naib presiden dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 3 November itu.
Harris, 55, yang berdarah kacukan India-Jamaica sudah lama dipertimbangkan untuk dijadikan regu.
Pernah berkhidmat sebagai peguam di California, Harris memperjuangkan isu reformasi polis dan anti perkauman.
Harris juga dianggap sebagai wanita berkulit hitam yang paling menyerlah dalam arena politik Amerika Syarikat.
Pemilihan wanita itu juga dikatakan boleh memanfaatkan undi daripada komuniti kulit hitam.
Dalam sejarah politik Amerika Suarikat, hanya dua wanita pernah dinamakan sebagai calon presiden.
Harris menerusi ciapan di laman Twitter beliau berkata, beliau berasa terhormat kerana dipilih sebagai calon naib presiden.

.@JoeBiden can unify the American people because he's spent his life fighting for us. And as president, he'll build an America that lives up to our ideals. I'm honored to join him as our party's nominee for Vice President, and do what it takes to make him our Commander-in-Chief.

— Kamala Harris (@KamalaHarris) August 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #California #calon naib presiden #Donald Trump #Joe Biden #Kamala Harris #kulit hitam #pemilihan #perkauman #Pilihan Raya Presiden AS #polis #reformasi #regu #senator #Twitter #wanita kulit hitam pertama