Muktamad.
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden bagi Demokrat dalam proses demokrasi itu tahun depan.
Kenyataan Biden yang dibuat di Rose Garden, White House itu menamatkan teki-teki selama beberapa bulan berhubung adakah beliau akan turut sama bersaing menduduki White House dengan calon pilihan bagi Parti Demokrat, Hillary Clinton.
Pada lapis lain, kenyataan terbuka Biden, yang juga bekas Senator Delaware itu dilihat sebagai landasan membuka jalan kepada penamat kerjaya politik beliau sejak beberapa dekad lalu.
Tetapi ada sesetengah pihak melihat bahawa keputusan itu dipacu oleh kecemerlangan prestasi Hillary sejak beberapa bulan lalu dalam menggerakkan usahanya menduduki White House menggantikan Barack Obama.
" Selepas tiga bulan lamanya memikirkan mengenainya, walaupun keluarga saya boleh menerima kemungkinan jika saya bertanding lagi, saya tetap merasakan, masa kini sangat terbatas untuk saya, maka saya enggan menjadi calon,'' katanya semasa menjelaskan sebab tidak bertanding jawatan Presiden AS.
Biden sebelum ini berdepan dugaan apabila kehilangan anak lelakinya, Beau Biden, Mei lalu akibat barah otak. Sebelum itu, pada 1972, Biden turut diuji tragedi keluarga apabila bayi perempuannya serta isteri pertamanya meninggal dunia.
Sementara itu, Biden berkata, walaupun tidak bertanding, beliau tidak akan berdiam diri dalam memperkatakan beberapa isu berbangkit.
"Ya, memang benar, saya tidak turut sama bertanding kali ini, tetapi saya janji tidak akan membisu untuk memperjuangkan isu-isu penting khususnya yang menjadi legasi Obama.
"Adalah menjadi satu kesalahan seandainya calon itu menikam belakang perjuangan dan legasi Obama,'' kata beliau.
Demokrat kini mencari calon alternatif bagi menggandingkan seorang lagi individu sebagai regu calon Presiden AS. Sehingga kini, hanya Hillary, yang juga bekas Wanita Pertama AS mengesahkan bertanding jawatan Presiden untuk parti itu.
Selepas Biden membuat keputusan tidak bertanding, platform media sosial dibanjiri ucapan selamat dan tahniah sama ada kepadanya dan juga Clinton.
Calon Presiden AS bagi Republikan, Donald Trump dalam satu status di Twetter menyifatkan keputusan Biden itu sebagai sesuatu yang bijak memandangkan beliau mengutamakan keluarga dan bukannya kerjaya.
Kata Trump lagi, beliau rela bertanding dengan Hillary, dan bukannya Biden memandangkan rekod buruk dipegang bekas Wanita Pertama AS itu.
Biden, memulakan pentas politik menerusi jawatan Senator pada 1988. Beliau pernah bertanding untuk jawatan Presiden pada 2008.
Agensi
Thu Oct 22 2015
Biden berkata, walaupun tidak bertanding, beliau tidak akan berdiam diri dalam memperkatakan beberapa isu berbangkit. - Foto AFP
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.