[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

John McCain tidak mahu Trump hadiri pengebumiannya

Agensi 06/05/2018 | 11:46 MYT
McCain, 81, menghidap kanser otak yang agresif sejak lebih setahun lalu.
Senator John McCain tidak mahu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghadiri upacara pengebumiannya sekiranya dia meninggal dunia nanti.
Lapor The New York Times dan NBC News pada Ahad, Mccain yang sedang bergelut dengan penyakit kanser otak itu sebaliknya mahu Naib Presiden, Mike Pence untuk mewakili White House.
McCain, 81 dikatakan menghidap kanser otak yang agresif sejak lebih setahun lalu.
Hubungan Trump-McCain bertambah buruk terutamanya ketika pilihan raya presiden 2016, apabila Trump mengatakan McCain, tahanan perang selama bertahun-tahun di Vietnam bukan seorang wira perang sebenar kerana ditawan musuh.
#Donald Trump #John McCain #meninggal dunia #Presiden Amerika Syarikat