Presiden Joko Widodo hari ini melawat mangsa gempa bumi di Aceh dan meninjau kawasan runtuhan bangunan akibat gempa yang melanda tiga buah kawasan di wilayah itu pada awal pagi Rabu lepas.
Beliau juga dilapor mempengerusikan mesyuarat khas dengan pihak berkuasa dan pasukan mencari dan menyelamat serta mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mempercepatkan proses pembinaan semula bangunan-bangunan awam yang runtuh.
"Keutamaan ialah membina semula (bangunan awam yang runtuh), yang penting evakuasi dan bantuan mangsa di hospital sudah ditangani dengan baik," katanya seperti yang dipetik oleh portal berita Detik.com.
Presiden yang mesra dengan nama Jokowi itu dijadual melawat Pidie Jaya, kawasan paling serius dilanda gempa berkenaan.
Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud itu mengakibatkan runtuhan bangunan di Pidie Jaya, Pidie dan Bireuen yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Banda Aceh.
Setakat ini sebanyak 102 orang disahkan maut manakala lebih 1,000 orang lagi cedera dan lebih 10,000 kehilangan tempat tinggal.
Operasi mencari dan menyelamat yang disertai lebih 1,000 anggota pasukan keselamatan masih diteruskan dan jumlah mangsa dipercayai bertambah ekoran masih terdapat beberapa buah kawasan penduduknya belum dipindahkan kerana masalah teknikal dan masalah laluan jentera berat untuk memasuki kawasan berkenaan.
Masih ramai penduduk yang selamat juga dilaporkan trauma dan enggan pulang ke rumah masing-masing.
Banda Aceh pernah dilanda gempa berukuran lebih 9 Skala Richter yang mengakibatkan berlakunya tsunami dan mengorbankan lebih 170,000 orang pada 26 Disember 2004.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
Keutamaan ialah membina semula bangunan awam yang runtuh, kata Jokowi. - Gambar fail
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih
Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mencuri peti sejuk dan mesin basuh di sebuah rumah, gara-gara mahu membantu membayar duit ansuran kekasihnya.
Tentera laut Indonesia tunda bot pelarian Rohingya ke pelabuhan terdekat
Indonesia yang pada awalnya mahu menghantar pulang bot itu, memutuskan untuk membenarkan pelarian mendarat atas dasar kemanusiaan.
Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.
300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh
Menurut pihak berkuasa, kumpulan itu tiba di Pantai Ujong Blang dengan sebuah kapal.
Majlis ulang tahun ke-15 memperingati bencana tsunami Aceh
Walaupun sudah 15 tahun berlalu, pasti ramai yang tidak dapat melupakan kejadian bencana alam tsunami di Aceh yang meragut lebih 230,000 nyawa di beberapa negara.
"Kenapa tidak bangkit isu Aceh? Saya menolong orang Islam"- Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menegaskan bahawa beliau bukan anggota kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Beginilah peta Semenanjung sekiranya...
Malaysia telah wujud sebagai sebuah negara berdaulat dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selama lebih 60 tahun.
Enam pasangan disebat akibat kantoi berkhalwat
Enam pasangan dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai kerana menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan di wilayah Aceh pada Isnin.
Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta
Peningkatan harga tiket penerbangan domestik yang naik berkali ganda mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.
Kalau dah jodoh tak ke mana, perawan 60 tahun temui 'pucuk muda'
Usia ternyata bukan penghalang cinta, begitulah yang terjadi apabila seorang perawan berusia 60 tahun menikahi suaminya yang jauh lebih muda.