awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi mahu perancangan bandar komprehensif untuk tangani pertumbuhan bandar

Bernama
Bernama
15/12/2023
12:52 MYT
Jokowi mahu perancangan bandar komprehensif untuk tangani pertumbuhan bandar
Jokowi berkata setiap bandar perlu ada pelan pembangunannya yang tersendiri memandangkan semua bandar kini tidak mempunyai kekuatan dan pembezaan tertentu antara satu sama lain. - gambar Sekretariat Kabinet Republik Indonesia
JAKARTA: Presiden Joko Widodo mengarahkan anggota Persatuan Pemerintah Kota Seluruh Indonesia (Apeksi) menyediakan pelan komprehensif bagi setiap bandar dengan menekankan kekuatan unik masing-masing.
Joko Widodo juga dikenali sebagai Jokowi, berkata setiap bandar perlu ada pelan pembangunannya yang tersendiri memandangkan semua bandar kini tidak mempunyai kekuatan dan pembezaan tertentu antara satu sama lain.
Pada mesyuarat Apeksi di Bogor pada Jumaat, beliau berkata inisiatinya itu juga bertujuan untuk menangani pertumbuhan penduduk bandar yang dijangkakan mencapai 70 peratus menjelang 2045-2050, meningkat daripada 56.7 peratus pada 2020.
"Kekuatan dan ciri-ciri setiap bandar mesti diketengahkan, dibangunkan sejak di peringkat awal lagi. Perlu ada konsistensi berterusan dalam kepimpinan tanpa mengubah rancangan," katanya.
Menonjolkan Ambon, ibu kota wilayah Maluku yang terkenal dengan hasil perikanan, Jokowi menekankan mengenai pentingnya perancangan dan pembangunan infrastruktur yang berkesan untuk meningkatkan pengeluaran ikan.
"Mulakan perancangan mulai sekarang dengan memberi tumpuan kepada semua kemudahan yang berkaitan dengan ikan, seperti penyimpanan sejuk, pelabuhan dan menimbang untuk menganjurkan persidangan tahunan mengenai perikanan," katanya.
Jokowi turut memetik beberapa bandar di seluruh dunia yang beliau anggap berjaya membina bandar yang menonjolkan kekuatannya.
Sunnylands di California, Amerika Syarikat, terkenal dengan kecemerlangannya dalam aktiviti golf manakala Cologne di Jerman terkenal sebagai bandar pameran, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Apeksi
#penduduk bandar
#mengubah rancangan
#persidangan tahunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan