awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand

Agensi
Agensi
22/09/2024
07:10 MYT
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Warga New Zealand itu diculik pada 7 Februari tahun lalu ketika membuat penerbangan pemindahan pekerja dari wilayah bergolak berkenaan. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua pada Sabtu.
Joko Widodo atau Jokowi turut menyifatkan proses pembebasan ini sebagai satu proses yang panjang.
"Proses rundingan adalah panjang, dan kami bersabar untuk menahan diri daripada tindakan menindas kerana kami mengutamakan keselamatan juruterbang itu yang menjadi tebusan.
"Ia adalah satu proses yang panjang oleh tentera dan polis, yang saya fikir telah dilakukan dengan sangat baik," katanya.
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan, Mehrtens dibebaskan dari kawasan Nduga seterusnya dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan dan psikologi di daerah Timika.
Mehrtens diterbangkan ke Jakarta pada Sabtu malam untuk bertemu keluarganya dan diserahkan kepada kedutaan New Zealand.
Ketua Operasi Damai Cartenz, Brigadier Jeneral Faizal Ramadhani mengesahkan bahawa kerajaan Indonesia melaksanakan pendekatan secara rundingan, mengutamakan dialog berbanding tindakan bersenjata.
Pasukan petugas turut berunding dengan pemimpin agama, wakil gereja, tokoh tempatan serta ahli keluarga ketua pemisah, Egianus Kogoya.
Warga New Zealand itu diculik pada 7 Februari tahun lalu ketika membuat penerbangan pemindahan pekerja dari wilayah bergolak itu.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#New Zealand
#kes penculikan
#Papua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan