Skip to main content
Advertisement

Dunia

Jokowi tandatangani dekri presiden mengenai pemecatan Mahfud MD

41681901813_jokowi.jpg
41681901813_jokowi.jpg

Advertisement

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menandatangani dekri presiden berhubung pemecatan Mohammad Mahfud MD sebagai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, lapor Agensi Berita ANTARA.

Penyelaras khas kakitangan presiden, Ari Dwipayana, berkata Presiden Jokowi menandatangani dekri presiden itu pada Jumaat (2 Feb 2024).

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian dilantik untuk memangku jawatan berkenaan sehingga pelantikan baharu dibuat.

Mahfud yang juga calon Naib Presiden Indonesia pada Khamis menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Jokowi di Istana Merdeka, di sini.

Jokowi menganggap keputusan Mahfud untuk meletak jawatannya adalah perkara biasa dan mengulangi sekali lagi bahawa beliau menghormati keputusan itu.

--BERNAMA-ANTARA

Must Watch Video

Advertisement