Jokowi tetap bekerja menjelang hari perkahwinan anak bongsu

Faida Rahim
Disember 10, 2022 01:00 MYT
Perkahwinan anak Jokowi, Kaesang Pangerap dan Erina Gudono dijangka berlangsung esok di Sleman, Jogjakarta. - Foto Instagram/jokowi
JAKARTA: Joko Widodo (Jokowi) memilih untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden Indonesia ketika menemani anak bongsunya, Kaesang Pangarep di upacara siraman dan memohon restu.
Memetik laporan CNN Indonesia, Jokowi dilihat sibuk menyelesaikan urusan dengan duduk di meja kerja dan menandatangani dokumen sebelum majlis berlangsung.
"Sebelum Jumaat semasa acara perarakan perkahwinan Kaesang, tugas pentadbiran negeri tidak boleh ditangguhkan,” tulis Jokowi menerusi akaun @Jokowi di Instagram, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Jokowi turut memuat naik sekeping gambar di Instagram memakai pakaian tradisional adat Jawa Tengah, Beskap.
"Timbunan dokumen di hadapan saya perlu diselesaikan," kata Jokowi.
Perkahwinan anak Jokowi, Kaesang Pangerap dan Erina Gudono berlangsung pada Jumaat di Sleman, Jogjakarta.
Ketua Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono berkata Jokowi tidak perlu mengambil cuti memandangkan upacara pernikahan diadakan pada hujung minggu.
#Joko Widodo #Instagram #Kaesang Pangerap #anak Jokowi nikah