awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi, tiga menteri Kabinet didapati bersalah cuai tangani pencemaran

Astro Awani
Astro Awani
17/09/2021
01:32 MYT
Jokowi, tiga menteri Kabinet didapati bersalah cuai tangani pencemaran
Mahkamah di Indonesia mendapati Presiden Joko Widodo (Jokowi) bersalah kerana cuai menangani isu pencemaran udara di Jakarta. -Gambar fail
JAKARTA: Mahkamah di Indonesia mendapati Presiden Joko Widodo (Jokowi) bersalah kerana cuai menangani isu pencemaran udara di Jakarta.
Mahkamah turut mengarahkan Jokowi supaya mengambil langkah untuk menambah baik kualiti udara di ibu kota itu bagi melindungi kesihatan manusia, alam sekitar dan ekosistem.
Memetik laporan CNN Indonesia, turut didapati bersalah ialah Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan tiga menteri iaitu Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan.
Majlis hakim di Mahkamah Pengadilan Wilayah Jakarta Pusat memutuskan bahawa ketiga-tiga menteri itu cuai dalam memenuhi hak untuk hidup secara bersih dan sihat di Jakarta.
Menurut keputusan yang dibacakan hakim, mereka didapati bersalah kerana menyebabkan kualiti udara merosot sehingga mengancam kesihatan jutaan penduduk dan menyumbang kepada pelbagai penyakit serta kematian awal.
Mahkamah turut mengarahkan Gabenor Jakarta supaya meningkatkan pemantauan ke atas pematuhan penduduk kepada undang-undang berkaitan pencemaran udara, termasuk memantau pelepasan gas kenderaan lama serta sumber-sumber pencemaran akibat aktiviti perniagaan.
Keputusan itu hasil daripada tuntutan mahkamah yang dikemukakan oleh 32 penduduk Jakarta pada tahun 2019, apabila ibu kota itu terletak pada tangga terakhir dalam indeks kualiti udara antarabangsa.
Sebelum ini, keputusan mahkamah ditangguhkan sebanyak lapan kali.
Topic Berkaitan
#Jokowi
#cuai tangani isu pencemaran udara
#Jakarta
#Anies Baswedan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan