DUNIA
Jordan, Syria setuju hapuskan semua sekatan perdagangan - Ketua Kesatuan Perdagangan
Menteri Perindustrian, Perdagangan dan Pembekalan Jordan Yarub Qudah mengadakan rundingan dengan Menteri Ekonomi dan Industri Syria Nidal al-Shaar di Damsyik pada Isnin. - Foto X Duta Jordan Sufyan Qudah
MOSCOW: Jordan dan Syria bersetuju untuk menghapuskan semua sekatan ke atas operasi eksport dan import mulai 2026, satu langkah yang digambarkan sebagai penting untuk kepentingan ekonomi dan pasaran buruh kedua-dua negara, menurut Dhaifallah Abu Aqoula, Ketua Kesatuan Pemilik Syarikat Pelepasan dan Pengangkutan Kargo, pada Selasa.
Agensi berita Petra melaporkan yang Menteri Perindustrian, Perdagangan dan Pembekalan Jordan Yarub Qudah mengadakan rundingan dengan Menteri Ekonomi dan Industri Syria Nidal al-Shaar di Damsyik pada Isnin.
Menurut laporan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk membuka saluran eksport-import bagi semua barangan antara kedua-dua negara "berdasarkan prinsip timbal balik" pada 2026.
"Penyambungan semula aliran eksport-import antara kedua-dua negara tanpa sebarang sekatan adalah langkah penting. Ini akan meningkatkan perdagangan dan mempercepat aliran barangan yang seterusnya memberi kesan positif kepada syarikat pengangkutan dan secara umum kepada sektor ekonomi yang terlibat dalam perdagangan luar," kata Abu Aqoula seperti dipetik oleh Petra.
Permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan syarikat pemprosesan kastam dan pengangkutan barangan akan meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor ini, kata Abu Aqoula.
April lepas, Qudah menyatakan hasrat Jordan untuk mengukuhkan kerjasama dengan Syria dan berkata yang lima jawatankuasa industri sedang menjalankan usaha itu. Qudah berkata eksport Jordan ke Syria meningkat dengan ketara pada suku pertama 2025 dan berkata usaha sedang diteruskan untuk menjadikan Jordan sebagai "pintu masuk kepada pembinaan semula Syria".
Pengembangan kerjasama antara kedua-dua negara berlaku seiring dengan pelonggaran beransur-ansur sekatan antarabangsa terhadap Damsyik.
Pada Khamis, Reuters melaporkan dengan memetik kenyataan Ketua Bank Pusat Syria, AbdulKader Husrieh, bahawa Syria menghantar mesej SWIFT pertamanya kepada Federal Reserve Bank of New York dalam tempoh 14 tahun mengenai kemasukan semula Damsyik ke dalam sistem kewangan antarabangsa.
Pada 10 November, Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan yang Washington memutuskan untuk melonggarkan rejim sekatan dan langkah kawalan eksport terhadap Syria. Menurut kenyataan itu, pengangkutan kebanyakan barangan awam buatan AS, termasuk perisian dan teknologi, ke dalam atau di dalam Syria boleh dijalankan tanpa lesen.
-- BERNAMA