Jualan KFC di China merosot kerana selsema burung

Agensi
April 11, 2013 06:55 MYT
Jualan makanan segera, KFC di republik itu semakin merosot kerana bimbang ancaman wabak selsema burung.
Pengendali rangkaian makanan segera KFC di China, Yum Brands memberitahu pihaknya sedang berusaha keras meningkatkan kembali jualan mereka.
Antara pendekatan yang dilaksanakan termasuk memberi pengetahuan kepada umum bahawa ayam yang dimasak adalah selamat untuk dimakan.
Sebelum ini syarikat itu bergelut memulihkan imej syarikat dan meningkatkat jualan selepas tersebar laporan syarikat menggunakan ayam yang disuntik antibiotik oleh pembekal.
Pada Mac jualan restoran di China jatuh 13 peratus sementara KFC susut 16 peratus.
Yum Brands yang juga memiliki Pizza Hut dan Taco Bell merupakan pengendali makanan segera terbesar di China dengan kira-kira 5,300 lokasi.
Sehingga kini wabak itu meragut sembilan nyawa sementara berpuluh yang lain telah dijangkiti.
#KFC #Pizza Hut #selsema burung #Taco Bell #Yum Brands