awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan set hadiah kuih bulan mewah merudum, rakyat China elak pembaziran

Bernama
Bernama
05/10/2017
00:59 MYT
Jualan set hadiah kuih bulan mewah merudum, rakyat China elak pembaziran
Menikmati keenakan kuih bulan semasa Festival Pertengahan Musim Luruh, yang jatuh pada Rabu, sudah menjadi tradisi di China selama beratus-ratus tahun. - REUTERS / Fail
Semua pembuat utama kuih bulan di China telah mengambil keputusan untuk mengurangkan pengeluaran set hadiah mewah kuih bulan tahun ini selepas mengambil kira trend penyediaan makanan perayaan yang lebih kos efektif susulan kesan kempen berjimat-cermat oleh kerajaan, lapor agensi berita China Xinhua.
Statistik Suning.com, satu platform e-dagang, menunjukkan jumlah jualan set hadiah mewah kuih bulan mewah yang dijual pada harga 200 hingga 300 yuan (US$30 hingga US$45) merosot sebanyak 17 peratus tahun ini manakala jualan bagi set yang lebih murah meningkat sebanyak 25 peratus.
JD.com, sebuah lagi syarikat e-dagang yang terkemuka, menyatakan bahawa jumlah jualan set hadiah mewah kuih bulan merudum sebanyak 75 peratus berbanding tahun lepas manakala set biasa meningkat sebanyak 21 peratus.
Menikmati keenakan kuih bulan semasa Festival Pertengahan Musim Luruh, yang jatuh pada Rabu, sudah menjadi tradisi di China selama beratus-ratus tahun.
Bagaimanapun, kotak hadiah mahal berisi pastri bulat kecil itu sering dikaitkan dengan amalan rasuah dan pembaziran kerana syarikat serta individu cenderung memberikannya kepada pelanggan serta rakan kongsi perniagaan untuk membina hubungan.
Lima tahun selepas kerajaan China mewujudkan kod berjimat-cermat lapan perkara bagi menolak pembaziran dan formaliti berlebihan dalam kalangan anggota parti, set hadiah mewah kuih bulan didapati semakin berkurangan di pasaran manakala jualan set yang lebih murah semakin meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Festival Pertengahan Musim Luruh
#hadiah
#kuih bulan
#perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan