awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024

Bernama
Bernama
23/12/2025
21:45 MYT
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Dalam tempoh sedekad lepas, pendaftaran lahir hidup merosot sebanyak 22.1 peratus daripada 1,744,767 pada 2015 kepada 1,358,989 pada 2024, menurut PSA pada Isnin. - Gambar hiasan
MANILA: Filipina mencatatkan sebanyak 1,358,989 bayi lahir hidup pada 2024, yang diterjemahkan kepada kadar kelahiran kasar (CBR) sebanyak 12 kelahiran bagi setiap seribu penduduk, lapor Xinhua berdasarkan data terbaharu Pihak Berkuasa Statistik Filipina (PSA).
Dalam tempoh sedekad lepas, pendaftaran lahir hidup merosot sebanyak 22.1 peratus daripada 1,744,767 pada 2015 kepada 1,358,989 pada 2024, menurut PSA pada Isnin.
Agensi itu turut menyatakan bahawa penurunan sebanyak 6.2 peratus diperhatikan pada 2024 berbanding 1,448,522 pendaftaran lahir hidup yang direkodkan pada 2023.
Data menunjukkan jumlah bayi lelaki yang dilahirkan adalah lebih ramai berbanding bayi perempuan sepanjang tahun berkenaan. Kelahiran bayi lelaki berjumlah 705,714, merangkumi 51.9 peratus daripada keseluruhan pendaftaran lahir hidup, manakala bayi perempuan seramai 653,275 atau 48.1 peratus.
Ini menghasilkan nisbah jantina semasa kelahiran iaitu 108 lelaki bagi setiap 100 perempuan, menurut PSA.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Filipina
#kelahiran
#kadar statisik
#kadar kelahiran kasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan