SEOUL: Korea Utara melaporkan lebih 260,000 kes baharu yang disyaki COVID-19 pada Jumaat, dengan jumlah kes sedemikian melebihi 2 juta, lapan hari selepas ia mula mengesan wabak virus itu, menurut Agensi Berita Yonhap.
Sehingga 6 petang semalam, lebih 263,370 orang menunjukkan simptom demam dan dua kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian kepada 65, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), memetik data dari ibu pejabat pencegahan wabak kecemasan negara itu.
Sejak akhir April, negara dengan populasi sekitar 25 juta orang itu mencatat lebih 2.24 juta kes setakat 6 petang Khamis, dengan lebih 1.48 juta kes pulih dan sekurang-kurangnya 754,810 sedang dirawat, menurut data itu.
Angka kes demam harian kekal di bawah 300,000 untuk hari keempat selepas mencecah 392,920 pada Ahad.
Khamis lalu, Korea Utara melaporkan kes pertama COVID-19 selepas mendakwa bebas koronavirus selama lebih dua tahun dan mengisytiharkan pelaksanaan sistem kawalan virus "kecemasan maksimum".
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Sejak akhir April, negara dengan populasi sekitar 25 juta orang itu mencatat lebih 2.24 juta kes setakat 6 petang Khamis. - REUTERS

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Korea Utara hantar bantuan kepada 800 keluarga tangani wabak usus
Kim mengarahkan pegawai-pegawainya untuk segera menjalankan tugas meringankan beban dan kesukaran rakyat negara itu.

Menteri-menteri Luar ASEAN bimbang peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara
Menteri-menteri luar ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AS, Korea Selatan uji lapan peluru berpandu
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad menguji sebanyak lapan peluru berpandu sebagai tindak balas kepada ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara.

Korea Utara lancar lapan tembakan peluru berpandu jarak dekat - Tentera Korea Selatan
Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan pantai timurnya pada Ahad, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes berkemungkinan COVID-19 kembali meningkat di Korea Utara
Ini kali pertama jumlah itu melepasi paras 100,000 dalam tempoh tiga hari.

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan Sunan di Pyongyang pada jam 6 pagi, 6.37 pagi dan 6.42 pagi.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

Jumlah disyaki kes COVID-19 di Korea Utara melebihi dua juta
Korea Utara melaporkan lebih 260,000 kes baharu yang disyaki COVID-19 pada Jumaat.