DUNIA
Jumlah korban letupan kilang kimia di India meningkat kepada 45 orang
Anggota penyelamat mencari mangsa yang terlibat kejadian letupan dan kebakaran di sebuah kilang farmaseutikal di kawasan perindustrian di Sangareddy, 50km dari Hyderabad, India, 30 Jun 2025. - Gambar fail AP
NEW DELHI: Jumlah kematian akibat letupan di sebuah kilang kimia di selatan India meningkat kepada 45 orang pada Selasa selepas lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan.
Kilang yang terletak di Pashamylaram, berhampiran ibu negeri Telangana, Hyderabad, dimiliki oleh Sigachi Industries Limited.
Kilang itu menghasilkan microcrystalline cellulose (MCC), sejenis pulpa kayu dalam bentuk serbuk yang digunakan dalam pelbagai industri seperti makanan dan minuman, farmaseutikal dan kosmetik.
Menurut laporan media tempatan, 143 orang berada di lokasi ketika letupan berlaku di sebuah reaktor yang kemudian mencetuskan kebakaran besar.
Setakat ini, jumlah kematian yang dilaporkan ialah 45 orang, manakala 35 lagi cedera.
Sigachi Industries dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan yang kilang yang rosak itu akan ditutup selama 90 hari "bagi membolehkan kerja penggantian dan pemulihan peralatan serta struktur yang terjejas".
Ketua Menteri Telangana Revanth Reddy berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak pengurusan syarikat untuk memberi pampasan sebanyak 10 juta rupee kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban.
-- BERNAMA