awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah korban Taufan Kalmaegi meningkat kepada 204

Bernama
Bernama
08/11/2025
10:11 MYT
Jumlah korban Taufan Kalmaegi meningkat kepada 204
Cebu dan Negros Occidental antara kawasan paling terjejas, apabila hujan lebat mengakibatkan banjir besar ketika taufan melanda pulau-pulau berkenaan. - Gambar/ Reuters
MANILA: Angka kematian akibat Taufan Tino atau Kalmaegi meningkat kepada 204 orang, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Sabtu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Daripada jumlah itu, 141 kematian direkodkan di Cebu, masing-masing seorang di Antique, Iloilo, Guimaras, Bohol dan Leyte, dua di Southern Leyte, tiga di Capiz, enam di Agusan del Sur, 27 di Negros Occidental dan 20 di Negros Oriental.
Sementara itu, NDRRMC memaklumkan bahawa 156 orang cedera di Cebu, Leyte, Negros Occidental, Surigao del Norte dan Surigao del Sur, manakala 109 orang dilaporkan masih hilang.
Taufan Tino melanda pada Selasa, menyebabkan kemusnahan besar di beberapa wilayah di Visayas dan Mindanao.
Cebu dan Negros Occidental antara kawasan paling terjejas, apabila hujan lebat mengakibatkan banjir besar ketika taufan melanda pulau-pulau berkenaan.
Secara keseluruhan, sebanyak 823,977 keluarga atau kira-kira 2.9 juta orang terjejas, dengan 73,214 keluarga atau 282,490 orang berlindung di pusat pemindahan sementara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#Taufan Kalmaegi
#Taufan Tino
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan