Jumlah mangsa cedera kebakaran pelantar minyak di Mexico meningkat 8 orang

Bernama
Julai 8, 2023 10:05 MYT
Menurut Pemex, sekurang-kurangnya dua maut, enam cedera dan seorang lagi hilang selepas kebakaran berlaku di pelantar minyak Nohoch-A. -Reuters
MEXICO CITY: Jumlah pekerja syarikat minyak dan gas milik kerajaan Mexico Petroleos Mexicanos (Pemex) yang cedera meningkat kepada lapan orang selepas kebakaran berlaku di pelantar gergasi minyak itu di pinggir selatan Teluk Mexico, menurut syarikat itu pada Sabtu, lapor Sputnik.
Terdahulu, menurut Pemex, sekurang-kurangnya dua maut, enam cedera dan seorang lagi hilang selepas kebakaran berlaku di pelantar minyak Nohoch-A.
Media tempatan melaporkan kebakaran bermula sejurus letupan.
"Tiga pekerja Pemex telah cedera, tetapi keadaan mereka stabil.
"Di pihak syarikat swasta [yang bekerja di platform], terdapat dua mangsa maut, lima cedera, dan seorang hilang," ciap syarikat itu.
Kebakaran berjaya dikawal dan syarikat itu akan melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.
-- BERNAMA
#pekerja syarikat minyak dan gas #Mexico Petroleos Mexicanos #Pemex #Nohoch-A