awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah penduduk Palestin terkorban di Gaza meningkat kepada 10,000

Bernama
Bernama
06/11/2023
21:15 MYT
Jumlah penduduk Palestin terkorban di Gaza meningkat kepada 10,000
Israel terus melancarkan serangan udara walaupun ketika waktu malam di Gaza, 6 Nov 2023. (Foto AP)
GAZA CITY: Angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza kini melebihi 10,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.
Dalam satu sidang media, Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain.
Beliau berkata jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita.
Kementerian Kesihatan turut menerima laporan sejumlah kira-kira 2,350 lagi hilang, termasuk kira-kira 1,300 kanak-kanak.
Pesawat pejuang Israel turut menyasarkan tiga hospital di Gaza City, termasuk hospital mata, hospital psikiatri dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi, mengorbankan lapan penduduk Palestin dan mencederakan 125 yang lain.
Selain jumlah korban yang ramai dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat kepungan rejim Israel.
Sementara itu, Agensi Berita WAFA melaporkan bahawa jumlah kematian di Tebing Barat meningkat kepada 155 orang dan kira-kira 2,250 lagi cedera sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#jumlah kematian
#Israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan