awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah penduduk tua di Itali meningkat - Istat

Bernama
Bernama
27/06/2023
04:12 MYT
Jumlah penduduk tua di Itali meningkat - Istat
Bagi setiap 100 orang berumur bawah 15 tahun di Itali, kini terdapat 187 orang berumur 65 tahun ke atas. - Gambar hiasan/Agensi
ROM: Penduduk Itali semakin menua di tengah-tengah penurunan kadar kelahiran, peningkatan purata jangka hayat dan penduduk yang kian lanjut usia, memetik laporan tahunan Noi Italia yang dikeluarkan Institut Perangkaan Kebangsaan Itali (Istat) pada Isnin.
Bagi setiap 100 orang berumur bawah 15 tahun di negara ini, kini terdapat 187 orang berumur 65 tahun ke atas, lapor Agensi Berita Itali ANSA memetik laporan itu.
Kadar kelahiran meningkat sedikit kepada 1.25 kanak-kanak bagi setiap wanita pada 2021 selepas bertahun-tahun menunjukkan penurunan.
Perkahwinan dan penceraian pula masing-masing meningkat sedikit pada 2021.
Menurut laporan itu, pada tahun 2022 sebanyak 11.5 peratus anak muda berumur antara 18 dan 24 tahun meninggalkan pengajian mereka lebih awal, dengan peratusan meningkat kepada 15.1 peratus di wilayah selatan Itali.
Sementara itu, kadar pekerjaan dalam kalangan kumpulan umur 20-64 tahun bertambah sebanyak 2.1 mata peratusan mencecah 64.8 peratus pada 2022. .
Peratusan wanita yang bekerja sebanyak 55 peratus berbanding 74.7 peratus kaum lelaki.
Menurut Istat, jumlah penduduk Itali yang mempunyai kenderaan adalah yang paling ramai di Eropah, dengan 675 kereta bagi setiap seribu penduduk berbanding purata Kesatuan Eropah (EU) hanya lebih 500.
Dari segi keselamatan, pada 2021, sebanyak 58.8 peratus wanita menjadi mangsa pembunuhan oleh pasangan intim atau bekas pasangan mereka.
Dalam 25.2 peratus kes, pembunuh adalah ahli keluarga manakala 5.0 peratus kes mangsa mengenali pembunuhnya.
Sebaliknya, bagi lelaki pada tahun 2021, hanya 4.3 peratus pembunuhan berlaku membabitkan hubungan intim yang masih berlangsung (3.8 peratus) atau yang sudah berakhir (0.5 peratus).
Dalam 16.8 peratus kes pembunuh melibatkan ahli keluarga yang lain, manakala 43 peratus kes menunjukkan penjenayah dan mangsa tidak mempunyai kaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menua
#penduduk Itali
#Kesatuan Eropah
#jangka hayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan