DUNIA
Jumlah wartawan terbunuh di Gaza melebihi 230 selepas serangan udara terbaharu Israel
Menurut Committee to Protect Journalists (CPJ), sekurang-kurangnya 35 wartawan telah disasarkan secara langsung oleh tentera Israel kerana kerja-kerja mereka. - Foto fail/REUTERS
BANDARAYA GAZA: Jumlah wartawan yang terbunuh di Semenanjung Gaza kini melebihi 230 orang, susulan siri serangan udara terkini Israel yang menyasarkan kawasan kediaman dan khemah pelarian.
Antara yang terkorban ialah Hossam Al-Adlouni, yang maut bersama isterinya dan tiga anak mereka selepas khemah penempatan sementara di kawasan Mawasi, barat laut Khan Yunis, dibom.
Dalam kejadian berasingan, Fadi Khalifa, seorang wartawan tempatan, terbunuh ketika melawat rumahnya yang musnah di kawasan Al-Zaytoun, Bandar Gaza.
Turut menjadi mangsa ialah Ahmed Abu Aisha dari saluran Palestine Today, yang dilaporkan maut dalam serangan dron Israel berhampiran kem pelarian Nuseirat.
Kesatuan Wartawan Palestin mengutuk pembunuhan ini sebagai satu kempen sistematik untuk melumpuhkan suara media dan mengaburkan situasi sebenar di lapangan.
Badan pemantau antarabangsa turut menyuarakan kebimbangan, dengan kajian dari Watson Institute, projek Costs of War, mengisytiharkan konflik di Gaza sebagai yang paling meragut nyawa wartawan dalam sejarah moden - melebihi angka korban dalam Perang Dunia Kedua, Vietnam dan Afghanistan secara keseluruhan.'
Menurut Committee to Protect Journalists (CPJ), sekurang-kurangnya 35 wartawan telah disasarkan secara langsung oleh tentera Israel kerana kerja-kerja mereka, mencetuskan kebimbangan serius terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa.
CPJ juga melaporkan lebih 400 wartawan cedera, puluhan ditahan, dan hampir semua pejabat media tempatan musnah.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan 58,026 kematian dan lebih 138,520 kecederaan sejak 7 Oktober 2023, dengan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan atau belum dapat diselamatkan berikutan serangan berterusan.
Ketika gesaan terhadap siasatan bebas dan kebertanggungjawaban semakin lantang, para aktivis kebebasan media mengingatkan bahawa Gaza kini telah menjadi “tanah perkuburan berita”, di mana harga untuk melaporkan kebenaran adalah nyawa wartawan itu sendiri.
Dapatkan berita terkini di sini