Jumpa burung bersarang atas kereta, kerabat diraja ini hadang SUV agar ia tidak diganggu

Agensi
Ogos 4, 2020 00:53 MYT
Perkara itu dikongsikan beliau menerusi muat naik IG Stories di laman Instagram pada pagi Isnin. -Foto Insta Story/ faz3
KEBELAKANGAN ini kita sering dihidangkan dengan kisah kekejaman terhadap haiwan yang mengundang amarah dan rasa kecewa.
Namun, apa yang berlaku di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini jelas berbeza.
Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Rashid Al Maktoum dalam satu perkongsian di IG Stories miliknya pada pagi Isnin menunjukkan satu 'penemuan' yang tidak disangka.
Menerusi perkongsian itu, kelihatan seekor burung sedang bersarang di atas bonet kereta beliau.
Kerana kasih pada makhluk Tuhan yang 'tumpang' bersarang di cermin kereta miliknya, beliau memilih untuk membiarkan saja haiwan itu bersarang di situ.
Malah lebih daripada itu, beliau turut meletakkan kon di sekeliling SUV Mercedes-AMG G63 miliknya agar burung tersebut tidak diganggu.
Bukan itu saja, beliau juga tidak membenarkan kakitangannya untuk menghampiri kenderaan itu supaya tidak menakut-nakutkan haiwan tersebut.
Golongan kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE) sememangnya dikenali dengan sikap pemurah dan prihatin.
Pada Jun lalu, Sheikh Hamdan dilapor kembali ke sebuah fasiliti perubatan hanya untuk bergambar bersama seorang kakitangan yang terlepas peluang bergambar bersamanya dalam sesi lawatan sebelum itu.
#Dubai #Hospital #Instagram #kereta #perubatan #Putera Mahkota #Putera Mahkota Dubai #UAE #wanita