awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Junta Myanmar tamatkan darurat, umum pilihan raya pada Disember

Bernama
Bernama
31/07/2025
09:27 MYT
Junta Myanmar tamatkan darurat, umum pilihan raya pada Disember
Ketua junta, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing turut melantik dirinya sebagai pemangku presiden dan mengeluarkan dekri membubarkan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Junta Myanmar pada Khamis mengumumkan penubuhan sebuah badan baharu bagi menganjurkan pilihan raya umum hujung tahun ini, sekali gus menamatkan perintah darurat yang dikuatkuasa sejak rampasan kuasa 2021, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media kerajaan.

Ringkasan AI
  • Junta Myanmar menamatkan perintah darurat yang berkuat kuasa sejak rampasan kuasa 2021 dan menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan dan Keamanan baharu yang dipengerusikan oleh Min Aung Hlaing, yang turut melantik dirinya sebagai pemangku presiden.
  • Pilihan raya umum dijadual berlangsung pada Disember 2025, dengan janji memastikan semua pengundi layak dapat menunaikan tanggungjawab mereka. Kerajaan baharu akan diterajui oleh U Nyo Saw, sekutu rapat Min Aung Hlaing.
  • Langkah ini menandakan peralihan pentadbiran selepas empat tahun pemerintahan tentera, namun kebimbangan terhadap legitimasi dan kebebasan pilihan raya kekal berikutan latar belakang politik dan kawalan ketat junta.

Ketua junta, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing turut melantik dirinya sebagai pemangku presiden dan mengeluarkan dekri membubarkan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara.
Negara Asia Tenggara itu berada di bawah pemerintahan tentera sejak Februari 2021, selepas kerajaan pilihan rakyat yang dipimpin Parti Liga Demokrasi Kebangsaan digulingkan.
Sejak itu, Myanmar berada di bawah perintah darurat selama empat tahun.
Dengan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan dan Keamanan baharu - yang turut dipengerusikan oleh Min Aung Hlaing - junta memaklumkan bahawa perintah darurat kini secara rasmi ditamatkan.
Beliau turut mengumumkan pembentukan kerajaan baharu yang akan diterajui oleh U Nyo Saw, seorang sekutu rapatnya.
"Pilihan raya akan diadakan pada Disember ini dan usaha akan dilakukan bagi memastikan semua pengundi yang layak dapat menunaikan tanggungjawab mereka," kata Min Aung Hlaing dalam satu majlis di Nay Pyi Taw pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#pilihan raya
#Darurat tamat
#junta Myanmar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan