DUNIA
Juri dapati Ryan Routh bersalah cuba bunuh Trump di padang golf

Routh turut disabitkan atas kesalahan menyerang pegawai Persekutuan dan tiga kesalahan berkaitan senjata api. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Juri di Florida mendapati Ryan Routh bersalah pada Selasa kerana cuba membunuh Donald Trump setahun lalu di sebuah padang golf, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Ryan Routh didapati bersalah oleh juri di Florida atas cubaan membunuh Donald Trump pada 15 September 2024, hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya presiden AS, dan berdepan hukuman penjara seumur hidup.
- Routh turut disabitkan atas kesalahan menyerang pegawai persekutuan dan tiga kesalahan berkaitan senjata api, dengan perbicaraan dikendalikan oleh Hakim Aileen Cannon, manakala tertuduh bertindak sebagai peguam bela sendiri.
- Peguam Negara AS menyifatkan keputusan itu sebagai bukti komitmen menentang keganasan politik, manakala Trump menyambut keputusan tersebut sebagai detik penting untuk keadilan di Amerika.
Hakim Aileen Cannon dari Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di Daerah Selatan Florida mengendalikan perbicaraan itu, di mana Routh bertindak sebagai peguam bela bagi dirinya sendiri.
"Keputusan bersalah hari ini terhadap Ryan Routh, yang cuba membunuh Trump, menggambarkan komitmen Jabatan Kehakiman untuk menghukum mereka yang terlibat dalam keganasan politik," kata Peguam Negara AS Pamela Bondi dalam satu kenyataan.
Trump pula menyifatkan keputusan itu sebagai "satu detik besar untuk KEADILAN DI AMERIKA" menerusi satu hantaran di media sosial.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami