[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Juri dapati Ryan Routh bersalah cuba bunuh Trump di padang golf

Bernama 24/09/2025 | 05:45 MYT
Routh turut disabitkan atas kesalahan menyerang pegawai Persekutuan dan tiga kesalahan berkaitan senjata api. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Juri di Florida mendapati Ryan Routh bersalah pada Selasa kerana cuba membunuh Donald Trump setahun lalu di sebuah padang golf, lapor Xinhua.


Ringkasan AI
  • Ryan Routh didapati bersalah oleh juri di Florida atas cubaan membunuh Donald Trump pada 15 September 2024, hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya presiden AS, dan berdepan hukuman penjara seumur hidup.
  • Routh turut disabitkan atas kesalahan menyerang pegawai persekutuan dan tiga kesalahan berkaitan senjata api, dengan perbicaraan dikendalikan oleh Hakim Aileen Cannon, manakala tertuduh bertindak sebagai peguam bela sendiri.
  • Peguam Negara AS menyifatkan keputusan itu sebagai bukti komitmen menentang keganasan politik, manakala Trump menyambut keputusan tersebut sebagai detik penting untuk keadilan di Amerika.


Cubaan membunuh calon presiden Parti Republikan ketika itu berlaku hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya November 2024, dan dua bulan selepas satu lagi cubaan bunuh di Pennsylvania apabila telinga Trump cedera terkena tembakan.

Routh, 59, disabitkan kesalahan cubaan membunuh Trump, menyerang pegawai Persekutuan, serta tiga kesalahan berkaitan senjata api Persekutuan susulan insiden pada 15 Sept 2024. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup pada prosiding hukuman akan datang.

Hakim Aileen Cannon dari Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di Daerah Selatan Florida mengendalikan perbicaraan itu, di mana Routh bertindak sebagai peguam bela bagi dirinya sendiri.

"Keputusan bersalah hari ini terhadap Ryan Routh, yang cuba membunuh Trump, menggambarkan komitmen Jabatan Kehakiman untuk menghukum mereka yang terlibat dalam keganasan politik," kata Peguam Negara AS Pamela Bondi dalam satu kenyataan.

Trump pula menyifatkan keputusan itu sebagai "satu detik besar untuk KEADILAN DI AMERIKA" menerusi satu hantaran di media sosial.

-- BERNAMA



#Ryan Routh #Donald Trump #cubaan bunuh #motif