awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
01/05/2023
10:49 MYT
Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo meninggal dunia
Hos yang juga juri program memasak televisyen popular, MasterChef Australia, Jock Zonfrillo meninggal dunia pada usia 46 tahun. -Instagram
SYDNEY: Hos yang juga juri program memasak televisyen popular, MasterChef Australia, Jock Zonfrillo meninggal dunia pada usia 46 tahun.
Berita menyedihkan itu diumumkan keluarga mendiang dalam satu kenyataan di media sosial pada Isnin.
Zonfrillo yang berdarah kacukan Scotland-Australia dan bapa empat anak ditemui mati oleh polis di Melbourne.
Zonfrillo dilahirkan di Glasgow, Scotland pada 4 Ogos 1976 dan mendapat latihan sebagai cef di United Kingdom (UK) sebelum berpindah ke Australia pada awal 2000.
Ketika Menetap di Adelaide, Zonfrillo membuka Restoran Orana yang terkenal pada 2020 dan memenangi pelbagai anugerah.
Malah, Zonfrillo tersenarai sebagai cef terkemuka di Australia.
Mendiang kemudian beralih karier ke televisyen dengan menjadi juri tetap MasterChef Australia untuk musim ke-12.
Sebelum itu, mendiang menjadi juri jemputan untuk musim ke-10 dan ke-11. -Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Jock Zonfrillo
#juri program memasak
#Masterchef Australia
#cef terkemuka di Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan