awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hukuman penjara 30 tahun dua lelaki culik ahli perniagaan wanita kekal
APG 2025: Tiada ruang kesilapan buat Bonnie buru emas di Thailand
Perdagangan Malaysia lepasi paras RM3 trilion walaupun berdepan ketidaktentuan global - MATRADE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurufoto Reuters letak jawatan, dakwa agensi berita sokong propaganda Israel

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2025
07:30 MYT
Jurufoto Reuters letak jawatan, dakwa agensi berita sokong propaganda Israel
Jurufoto bebas Valerie Zink meletak jawatan dari Reuters selepas mendakwa agensi itu menyokong propaganda Israel dan gagal membela wartawan Palestin yang terbunuh. -Facebook
JURUFOTO bebas Valerie Zink meletak jawatan selepas lapan tahun berkhidmat dengan Reuters setelah mendakwa agensi berita antarabangsa itu menyokong propaganda Israel serta gagal mempertahankan wartawan yang terbunuh di Gaza.

Ringkasan AI
  • Jurufoto bebas Valerie Zink meletak jawatan dari Reuters selepas lapan tahun, mendakwa agensi itu menyokong propaganda Israel dan gagal membela wartawan Palestin yang terbunuh.
  • Zink mengecam serangan Israel terhadap Hospital Nasser yang turut meragut nyawa jurukamera Reuters, serta menuduh media Barat bersekongkol menyebarkan naratif Israel.
  • Beliau menyifatkan keputusan meninggalkan Reuters sebagai penghormatan kepada keberanian wartawan Palestin yang dianggapnya antara yang paling berani dan terbaik.

Dalam kenyataannya, Zink berkata beliau tidak lagi sanggup berkhidmat dengan Reuters selepas agensi itu didakwa mengulangi dakwaan tidak berasas Israel terhadap wartawan Palestin, Anas Al-Sharif, yang terbunuh bersama kru Al Jazeera dalam serangan udara di Gaza City pada 10 Ogos lalu.
“Walaupun karya Anas memenangi Hadiah Pulitzer untuk Reuters, agensi itu tidak membela beliau walaupun sudah jelas beliau menjadi sasaran Israel.
"Malah, mereka gagal melaporkan kematiannya dengan jujur,” katanya dalam satu muat naik di Facebook miliknya, pada Selasa.
Zink turut mengecam serangan terbaru Israel terhadap Hospital Nasser yang mengorbankan 20 orang termasuk jurukamera Reuters, Hossam Al-Masri.
Katanya, serangan itu digambarkan sebagai serangan “double tap”, iaitu mengebom bangunan awam, menunggu pasukan penyelamat serta wartawan tiba, sebelum menggugurkan bom kedua.
Beliau mendakwa, media Barat termasuk Reuters, The New York Times, Washington Post dan Associated Press bersekongkol menyebarkan propaganda Israel sehingga “menyediakan situasi” bagi pembunuhan besar-besaran wartawan di Gaza.
“Dengan mengulangi pembohongan Israel tanpa usul periksa, media Barat telah memungkinkan lebih ramai wartawan terbunuh di Gaza dalam dua tahun berbanding gabungan Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, Korea, Vietnam, Afghanistan, Yugoslavia dan Ukraine,” jelasnya.
Menurut Zink, keputusan meninggalkan Reuters adalah sebahagian daripada usahanya menghormati keberanian wartawan Palestin yang dianggapnya sebagai “antara yang paling berani dan terbaik pernah ada.”
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Valerie Zink
#Jurufoto bebas
#letak jawatan
#propaganda Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami