awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nilai eksport negara catat RM1.45 trilion setakat November tahun ini - Pengerusi MATRADE
Lelaki melecur terperangkap dalam kebakaran di Tanjung Tokong
Poster ‘Dikehendaki’ Netanyahu ditampal di seluruh London
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2025
05:56 MYT
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Fernando Martin (foto) bersama tiga anaknya disahkan maut selepas bot karam di Selat Pulau Padar, Indonesia. -Gambar fail/x@TribunaVCF
LABUAN BAJO: Jurulatih Valencia CF Femenino B, Fernando Martin, 44, disahkan maut bersama tiga anaknya selepas bot yang mereka naiki karam di Selat Pulau Padar, berhampiran destinasi pelancongan popular Labuan Bajo, Indonesia pada Jumaat lalu.

Ringkasan AI
  • Jurulatih Valencia CF Femenino B, Fernando Martin, 44, bersama tiga anaknya disahkan maut selepas bot karam di Selat Pulau Padar, Indonesia.
  • Bot yang membawa 11 penumpang karam akibat cuaca buruk, isteri dan seorang anak perempuan terselamat.
  • Operasi mencari dan menyelamat masih berjalan; keselamatan pelancong di kawasan perairan Indonesia dipertikaikan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan rasmi kelab bola sepak Sepanyol itu, Martin sedang bercuti bersama keluarganya apabila bot yang membawa 11 penumpang karam akibat cuaca buruk.
Isterinya dan seorang lagi anak perempuan terselamat dalam kejadian tersebut, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa lain yang hilang.
Fathur Rahman, penyelaras misi dari Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), berkata operasi menyelamat diteruskan pada pagi Ahad dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelam.
Fernando Martin, bekas pemain bola sepak profesional di liga divisyen dua Sepanyol, dilantik sebagai jurulatih pasukan wanita simpanan Valencia CF pada awal tahun ini.
Pemergian mendiang mendapat perhatian kelab utama Sepanyol termasuk Real Madrid CF yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan komuniti bola sepak Sepanyol.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku kepada jurulatih Valencia CF Femenino B, Fernando Martin, dan tiga anaknya? A: Mereka disahkan maut selepas bot yang mereka naiki karam di Selat Pulau Padar, Indonesia.
  • Q: Siapakah yang terselamat dalam kejadian karam bot di Selat Pulau Padar? A: Isteri Fernando Martin dan seorang lagi anak perempuan terselamat, manakala operasi mencari dan menyelamat masih berlangsung.
  • Q: Bagaimanakah operasi mencari dan menyelamat di Selat Pulau Padar dijalankan? A: Operasi dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelam untuk mencari mangsa yang hilang.
  • Q: Apakah jawatan yang dipegang oleh Fernando Martin sebelum kematiannya? A: Beliau merupakan jurulatih pasukan wanita simpanan Valencia CF sebelum kematiannya.
  • Q: Bagaimanakah reaksi kelab bola sepak utama Sepanyol terhadap pemergian Fernando Martin? A: Kelab utama seperti Real Madrid CF menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan komuniti bola sepak Sepanyol.

Topic Berkaitan
#bola sepak
#Jurulatih Valencia CF Femenino B
#Fernando Martin
#Selat Pulau Padar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan