DUNIA
  
            Juruterbang maut dalam nahas pesawat ringan di selatan California
Pesawat tersebut melanggar dua struktur bangunan dan mengakibatkan kebakaran. - Gambar hiasan
            
      LOS ANGELES: Seorang juruterbang maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di Selatan California pada Sabtu, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.
Ringkasan AI
Menurut stesen KABC-TV, nahas berlaku sekitar 1.51 petang waktu tempatan (2051 GMT) berhampiran blok 200, High Meadow Street di Simi Valley, kira-kira 64 kilometer barat laut pusat bandar Los Angeles.
Pesawat itu melanggar dua struktur bangunan dan mengakibatkan kebakaran.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat memaklumkan bahawa juruterbang terbabit merupakan satu-satunya individu dalam pesawat berkenaan dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan di kawasan sekitar.
-- BERNAMA
              
  Ringkasan AI
- Seorang juruterbang maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di Simi Valley, Selatan California pada Sabtu.
 - Nahas berlaku sekitar 1.51 petang waktu tempatan berhampiran blok 200, High Meadow Street, kira-kira 64 kilometer barat laut pusat bandar Los Angeles.
 - Pesawat tersebut melanggar dua struktur bangunan dan mengakibatkan kebakaran. Juruterbang merupakan satu-satunya individu dalam pesawat dan disahkan maut di lokasi kejadian.