INTERNATIONAL
Juruterbang maut helikopter padam kebakaran terhempas di Korea Selatan
Seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di Uiseong ketika memadam kebakaran hutan. -Gambar fail/AP
UISEONG: Pihak berkuasa Korea Selatan mengesahkan seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di daerah Uiseong, tenggara Korea Selatan pada Rabu ketika berusaha memadam kebakaran hutan.
Ringkasan AI
Helikopter itu terhempas di kawasan pergunungan di Uiseong, kira-kira 180 kilometer tenggara Seoul pada 12:54 tengah hari waktu tempatan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Perkhidmatan Perhutanan Korea.
Juruterbang berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Helikopter jenis S-76 yang dibina pada 1995 itu mampu membawa 1,200 liter air dan telah beroperasi selama kira-kira 30 tahun.
Susulan insiden itu, Perkhidmatan Perhutanan Korea menggantung operasi semua helikopter yang membantu memadam kebakaran itu buat sementara waktu.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di Uiseong ketika memadam kebakaran hutan.
- Helikopter jenis S-76 itu telah beroperasi selama kira-kira 30 tahun dan mampu membawa 1,200 liter air.
- Perkhidmatan Perhutanan Korea menggantung operasi semua helikopter pemadam kebakaran buat sementara waktu.