Juruterbang selamat pesawat tempur Hawk terhempas

Agensi
Jun 15, 2020 05:01 MYT
Pesawat tempur BAE Hawk 109 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia terhempas di sebuah penempatan penduduk di Kampar, Riau pada pagi Isnin. - Gambar Facebook Indonesian Air Force
Sebuah pesawat tempur BAE Hawk 109 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia terhempas di Kampar, Riau pada pagi Isnin.
Jurucakap pihak angkatan bersenjata itu, Fajar Adriyanto mengesahkan pesawat tentera itu terhempas sekitar lima kilometer dari Landasan Udara Roesmin Nurjadin di Pekanbaru.
Dalam kecelakaan itu, juruterbang pesawat berkenaan dilaporkan selamat selepas terjun dari pesawat berkenaan menggunakan ejection seat.
Menurut Fajar, ketika ini, juruterbang berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Tentera Udara Dr Soekirman Lanud Rsn Pekanbaru untuk pemeriksaan lanjut.
Pasukan keselamatan sedang melakukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.
Beliau berkata, pesawat tempur jenis BAE Hawk 109 itu dikendalikan juruterbang Apriyanto Ismail.
#Angkatan Tentera Udara Indonesia #BAE Hawk 109 #Indonesia #Kampar #pesawat tempur #Riau