awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Justin Trudeau dijangka hilang kuasa

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2024
02:00 MYT
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Sekiranya semua parti pembangkang menyokong usul tersebut, Trudeau, yang telah memegang jawatan Perdana Menteri selama lebih daripada sembilan tahun, akan kehilangan kuasa dan pilihan raya akan diadakan. - Foto fail/REUTERS
OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, dijangka kehilangan kuasa awal tahun depan selepas sekutu utamanya mengumumkan rancangan untuk menggulingkan kerajaan minoriti Liberal sekaligus mengadakan pilihan raya.
Ketua parti Demokratik Baharu (NDP), Jagmeet Singh, yang sebelum ini menyokong Trudeau untuk kekal berkuasa, akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
Sekiranya semua parti pembangkang menyokong usul tersebut, Trudeau, yang telah memegang jawatan Perdana Menteri selama lebih daripada sembilan tahun, akan kehilangan kuasa dan pilihan raya akan diadakan.
Pelbagai tinjauan dalam 18 bulan terakhir menunjukkan parti Liberal sedang menghadapi keletihan sokongan pengundi, ditambah kemarahan terhadap kenaikan harga dan krisis perumahan.
Parti itu diramal mengalami kekalahan teruk kepada parti Konservatif, pembangkang rasmi yang berhaluan kanan.
Parti Demokratik Baharu, yang turut mensasarkan sokongan pengundi kiri tengah, mengkritik Trudeau kerana terlalu bergantung kepada kepentingan korporat besar.
Ketua parti Bloc Quebecois, sebuah parti pembangkang yang lebih besar, juga berjanji untuk menyokong usul tersebut dan menyatakan tiada kemungkinan Trudeau akan bertahan.
Parti Konservatif pula berhasrat untuk meminta Gabenor Jeneral Mary Simon, iaitu wakil peribadi Raja Charles, ketua negara Kanada, untuk memanggil Parlimen bagi mengadakan undi tidak percaya sebelum akhir tahun.
Walau bagaimanapun, pakar perlembagaan menjangkakan Simon akan menolak permintaan itu.
Pengumuman Singh dibuat tidak lama selepas Menteri Kewangan Trudeau secara mengejut meletakkan jawatan minggu ini, menambah tekanan kepada perdana menteri itu untuk berundur.
Trudeau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan mempengerusikan rombakan Kabinet selepas pengumuman tersebut.
Trudeau juga membatalkan tradisi temu bual akhir tahun dengan media tempatan dan enggan menjawab soalan mengenai peletakan jawatan Menteri Kewangannya.
Topic Berkaitan
#Justin Trudeau
#Usul tidak percaya
#Dewan Rakyat
#hilang kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan