awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jusuf Kalla minta siasatan segera insiden serangan ke atas Amien Rais

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2014
14:30 MYT
Jusuf Kalla minta siasatan segera insiden serangan ke atas Amien Rais
JUSUF: Kalau pemimpin seperti Amien saja boleh diserang seperti itu, bagaimana pula dengan rakyat biasa? - Foto AFP
Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengarahkan pihak polis republik itu menjalankan siasatan segera terhadap kes serangan tembakan ke atas kediaman pengasas Parti Amanat Nasional, Amien Rais.
"Harus segera disiasat," katanya seperti dipetik oleh laman web berita CNN Indonesia.
Katanya, kalau pemimpin seperti Amien saja boleh diserang seperti itu, bagaimana pula dengan rakyat biasa.
Seorang lelaki bermotosikal yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke atas kereta milik bekas speaker Majlis Permesyuaratan Rakyat Indonesia, Amien Rais pada awal Khamis.
Tembakan itu mengenai bahagian kanan kenderaan tersebut yang diletakkan di halaman rumah Amien di Yogyakarta.
Semasa kejadian, Amien yang kini merupakan penasihat kepada Parti Amanat Nasional (PAN) sedang tidur di rumahnya. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 2 pagi itu. Sementara itu, Naib Ketua Umum PAN, Dradjad Wibowo dipetik oleh CNN Indonesia berkata kejadian seumpama itu tidak boleh dibiarkan kerana ia mencemarkan demokrasi.
Bekas calon presiden Indonesia yang kalah, Prabowo Subianto turut mengecam serangan ganas itu.
Perjuangan politik haruslah dalam koridor konstitusi. Harus tanpa kekerasan. Teror terhadap saudara Amien Rais pagi ini harus diusut tuntas.
— Prabowo Subianto (@Prabowo08) November 6, 2014
Semasa pemilihan presiden pada 9 Julai lepas, Amien menyokong Prabowo dan tindakannya itu mendapat kecaman oleh banyak pihak yang menuduh beliau sebagai khianat kepada cita-cita reformasi 1998.
Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), Zulkifli Hasan pula menegaskan serangan tembakan itu adalah "cara untuk mencederai demokrasi".
"Jelas ini adalah sebuah keganasan dengan kekerasan yang tidak bertanggungjawab yang mencederai nilai-nilai Pancasila dan semangat demokrasi," katanya seperti dilaporkan oleh portal berita Republika.
Dalam pada itu, sesetengah penganalisis politik menganggap serangan ke atas Amien itu mungkin bermotifkan politik kerana tokoh penggerak reformasi lebih 16 tahun lalu itu kini merupakan tokoh utama Koalisi Merah Putih yang diketuai oleh Prabowo.
Pakatan politik itu kini menguasai Parlimen dan dilihat akan menjadi cabaran besar kepada Presiden Joko Widodo yang memulakan pentadbirannya tidak sampai tiga minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Amien Rais
#Indonesia
#Jusuf Kalla
#Parti Amanat Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan