Jutaan umat Islam Indonesia mula 'mudik lebaran'

Agensi
Jun 22, 2017 06:46 MYT
Seramai 33 juta warganya dijangka akan menggunakan rangkaian bas dan keretapi untuk pulang ke destinasi masing-masing tahun ini. - Foto REUTERS/Darren Whiteside
Jutaan umat Islam di Indonesia mula pulang ke kampung halaman atau 'mudik lebaran' hari ini bagi menyambut hari terakhir bulan Ramadan dan hari raya Aidilfitri.
Hari raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Ahad (25 Jun) tahun ini, secara tradisinya dirayakan dengan mengadakan jamuan besar bersama ahli keluarga.
Menurut Pembangunan dan Pengajian Islam Indonesia (IDEAS) jumlah mereka yang membuat perjalanan pulang beraya tahun ini bertambah dua kali ganda berbanding tahun lepas.
Seramai 33 juta warganya dijangka akan menggunakan rangkaian bas dan keretapi untuk pulang ke destinasi masing-masing tahun ini.
Ramai di antara mereka akan melakukan perjalanan dari ibukota Indonesia di Jakarta, iaitu tempat mereka bekerja.
Indonesia adalah negara Islam paling ramai di dunia. Sekitar 88 peratus daripada penduduknya iaitu 237 juta adalah beragama Islam.
#hari raya #Indonesia #Jakarta #Ramadan