Kabel gondola terputus, 8 termasuk enam murid terkandas di tengah gaung

Astro Awani
Ogos 22, 2023 09:22 MYT
Pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk menyelamatkan penumpang kerana ketinggian kereta kabel itu yang dibina di kawasan berbukit. -Twitter Pakistan Tourism
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya enam pelajar sekolah di barat laut Pakistan terperangkap di dalam gondola dinaiki mereka selepas wayar kereta kabel itu terputus pada Selasa, lapor media tempatan.
Usaha menyelamat masih dijalankan dalam kejadian di kawasan Allai Tehsil di wilayah Khyber Pakthtunkhawa, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan di Pakistan, Dawn News.
Lapan orang berada dalam gondola ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan (0300GMT), katanya.

Pakistan Army Aviation helicopter and Special Service Group (SSG) personnel begin rescue operation at #Battagram chair lift incident site video courtesy @MalikAliiRaza@OfficialDGISPR #PakistanArmy #ISPRpic.twitter.com/te52dwqxPh

— Pakistan Armed Forces News (@PakistanFauj) August 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk menyelamatkan penumpang kerana ketinggian kereta kabel itu yang dibina di kawasan berbukit.

A closer look of chair lift. Trapped children can be seen in this visual . #Battagram#chairlift pic.twitter.com/gmqODLqQnv

— Pakistan Tourism (@PakistanJannatt) August 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dua wayar kereta kabel itu terputus ketika di udara menyebabkan penumpang tersangkut pada ketinggian kira-kira 3,000 kaki (914 meter)," kata seorang pegawai tempatan, Mufti Gulamullah.
Perkhidmatan kereta kabel itu dikendalikan secara persendirian oleh seorang penduduk di situ untuk mengangkut penduduk merentasi sungai kerana tiada jalan atau jambatan di kawasan itu.
#Pakistan #kabel terputus #enam pelajar sekolah terperangkap #gondola