DUNIA

Kabin dipenuhi asap, pesawat British Airways mendarat cemas

Agensi 05/08/2019 | 22:52 MYT
Kejadian berlaku selepas 10 minit pesawat itu berada di udara dari lapangan terbang Heathrow, London ke Valencia, Sepanyol. -Foto Twitter@lucyaabrown
Sebuah pesawat penerbangan British Airways terpaksa membuat pendaratan kecemasan pada Isnin selepas asap dikesan pada ruang kabin.

Kejadian berlaku selepas 10 minit pesawat itu berada di udara ketika dalam penerbangan dari lapangan terbang Heathrow, London ke Valencia, Sepanyol.

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna Twitter, Gayle Fitzpatrick memaparkan situasi di dalam kabin pesawat yang dipenuhi asap.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Difahamkan, sebaik sahaja mendarat, penumpang diarahkan turun menerusi gelongsor kecemasan.

Jurucakap British Airways mengesahkan kejadian yang membabitkan pesawat BA422, lapor portal mirror.co.uk.

"Pesawat itu, A321, telah mendarat dan semua pelanggan dan anak kapal telah turun.

"Pasukan British Airways membantu semua penumpang yang berada di terminal lapangan terbang," katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan.

#British Airways #London #penerbangan #sepanyol #Twitter #video