DUNIA
Kabinet Iran lulus gugur empat sifar daripada mata wang negara
Menurut Pengerusi suruhanjaya ekonomi Parlimen Iran Shamseddin Hosseini, satu rial akan bersamaan 10,000 rial pada nilai semasa dan dibahagikan kepada 100 'gheran'.
TEHRAN: Jurucakap kerajaan Iran Fatemeh Mohajerani pada Ahad memaklumkan Kabinet negara itu meluluskan langkah membuang empat sifar daripada mata wang nasional, rial, lapor Xinhua memetik agensi berita rasmi IRNA.
Mohajerani mengumumkan perkara itu kepada pemberita di luar mesyuarat Kabinet di Tehran, seminggu selepas suruhanjaya ekonomi Parlimen Iran meluluskan usul berkenaan.
Beliau berkata mata wang negara akan kekal sebagai rial dengan unit pecahan dikenali sebagai "gheran", sambil menegaskan proses penyusutan denominasi sifar akan mengambil masa, dan buat sementara waktu dua jenis mata wang akan digunakan serentak, tanpa memberikan butiran lanjut.
Awal bulan ini, Pengerusi suruhanjaya ekonomi Parlimen Iran Shamseddin Hosseini berkata langkah itu bertujuan memudahkan urus niaga kewangan.
Menurut Hosseini, satu rial akan bersamaan 10,000 rial pada nilai semasa dan dibahagikan kepada 100 "gheran".
Langkah itu bagaimanapun masih perlu mendapat kelulusan Parlimen Iran dan Majlis Perlembagaan.
Mata wang Iran mengalami penyusutan nilai yang ketara sejak Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 antara Tehran dan kuasa-kuasa besar dunia pada Mei 2018, diikuti penguatkuasaan semula sekatan oleh AS terhadap negara itu.
-- BERNAMA