awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar pengangguran di Filipina meningkat 8.9 peratus pada September

Bernama
Bernama
04/11/2021
14:30 MYT
Kadar pengangguran di Filipina meningkat 8.9 peratus pada September
Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Filipina meningkat pada September iaitu sebanyak 4.25 juta berbanding 3.88 juta pada bulan sebelumnya. - Gambar fail/REUTERS
MANILA: Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Filipina meningkat pada September iaitu sebanyak 4.25 juta berbanding 3.88 juta pada bulan sebelumnya, menurut laporan tinjauan Pihak Berkuasa Perangkaan Filipina (PSA) yang dikeluarkan pada Khamis.
Menerusi taklimat secara dalam talian, ketua PSA Dennis Mapa berkata peratusan pengangguran pada September ialah 8.9 peratus yang tertinggi dicatatkan sejak Januari tahun ini, lapor Agensi Berita Xinhua.
Pihak Berkuasa Ekonomi dan Pembangunan Negara berkata pengangguran negara meningkat pada September disebabkan sekatan kuarantin COVID-19 dan sektor pertanian yang terjejas akibat masalah cuaca.
Kadar penyertaan tenaga buruh negara juga menurun sedikit daripada 63.6 peratus kepada 63.3 peratus dalam tempoh yang sama.
Setiausaha Perancangan Sosioekonomi Karl Kendrick Chua berkata kehilangan pekerjaan yang paling banyak adalah melibatkan sektor pertanian.
"Taufan telah menjejaskan kira-kira 30,000 hektar tanah pertanian di pulau Luzon dan di tengah Filipina, menyumbang kepada kira-kira 900,000 kehilangan pekerjaan dalam sektor tersebut.
Secara keseluruhan, Chua berkata ekonomi telah menjana 1.1 juta pekerjaan melebihi paras pra-pandemik sekali gus menandakan pemulihan berterusan Filipina, kata Chua.
Chua berkata kadar pengangguran diramal menunjukkan penurunan pada Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar pengangguran
#Filipina
#September
#PSA
#Dennis Mapa
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan