Kafe terbakar, lapan maut ketika sambut hari jadi

Bernama
Jun 15, 2022 04:24 MYT
Tiga kanak-kanak, tiga wanita, dan seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital. - Gambar hiasan
TEHRAN: Lapan orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku lewat Selasa di Tehran, ibu negara Iran.
Berlaku satu letupan diikuti kebakaran semasa majlis hari jadi di sebuah kafe di pinggir bandar Shahriar di Tehran, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Tasnim.
Tiga kanak-kanak, tiga wanita, dan seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital.
Menurut Pejabat Pendakwaraya Shahriar, kafe itu terletak di ruang bawah tanah dan sebiji belon helium meletup dan terbakar, berdasarkan maklumat awal.
Ketika kejadian orang ramai melarikan diri ke dapur di bahagian belakang tetapi mengalami sesak nafas akibat asap.
#kebakaran #majlis hari jadi #shahriar tehran #kemalangan nyawa