DUNIA
Kaftan Maghribi diisytihar warisan tidak ketara UNESCO
Kaftan Maghribi diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada Rabu. - Foto kredit ovegoruar
KAFTAN Maghribi secara rasmi diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO yang bersidang di India, pada Rabu.
Menurut Kementerian Kebudayaan Maghribi, pencalonan kaftan negara berkenaan dihantar awal tahun ini dengan menghuraikan elemen utama yang mencerminkan keperincian, evolusi dan nilai budaya busana itu sepanjang lebih lapan abad.
"Kaftan Maghribi mewakili warisan teknikal dan estetik yang luar biasa, selain menjadi simbol nasional dipakai dalam majlis sosial dan keagamaan,” ujarnya menerusi satu kenyataan di platform X.
Busana Maghribi yang diraikan para artisan dan agensi fesyen di peringkat antarabangsa itu kini berdiri sebagai lambang identiti, ketukangan serta kebanggaan negara.
Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada para penggiat seni dan masyarakat sivil Maghribi yang menyokong usaha memelihara serta mengangkat legasi pakaian bersejarah itu.
Penyenaraian ini mengukuhkan kesinambungan sejarah kaftan serta pengaruhnya yang berterusan dalam kehidupan budaya Maghribi.
Ia menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memelihara warisan Afrika Utara ketika perhatian sejagat terhadap identiti budaya semakin meningkat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kaftan Maghribi diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.
- Keputusan diumumkan selepas Jawatankuasa Antara Kerajaan UNESCO bersidang di India.
- Kaftan Maghribi dipuji sebagai simbol nasional yang merefleksikan keperincian, evolusi, dan nilai budaya busana selama lebih lapan abad.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO yang bersidang di India, pada Rabu.
Menurut Kementerian Kebudayaan Maghribi, pencalonan kaftan negara berkenaan dihantar awal tahun ini dengan menghuraikan elemen utama yang mencerminkan keperincian, evolusi dan nilai budaya busana itu sepanjang lebih lapan abad.
"Kaftan Maghribi mewakili warisan teknikal dan estetik yang luar biasa, selain menjadi simbol nasional dipakai dalam majlis sosial dan keagamaan,” ujarnya menerusi satu kenyataan di platform X.
Busana Maghribi yang diraikan para artisan dan agensi fesyen di peringkat antarabangsa itu kini berdiri sebagai lambang identiti, ketukangan serta kebanggaan negara.
Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada para penggiat seni dan masyarakat sivil Maghribi yang menyokong usaha memelihara serta mengangkat legasi pakaian bersejarah itu.
Penyenaraian ini mengukuhkan kesinambungan sejarah kaftan serta pengaruhnya yang berterusan dalam kehidupan budaya Maghribi.
Ia menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memelihara warisan Afrika Utara ketika perhatian sejagat terhadap identiti budaya semakin meningkat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO berkenaan Kaftan Maghribi?
A: Kaftan Maghribi secara rasmi diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO. - Q: Mengapa Kaftan Maghribi dianggap penting dan bernilai dalam konteks budaya Maghribi?
A: Kaftan Maghribi dianggap penting kerana ia mewakili warisan teknikal dan estetik yang luar biasa, serta menjadi simbol nasional yang dipakai dalam majlis sosial dan keagamaan di Maghribi. - Q: Siapakah yang turut diberikan penghargaan dalam kenyataan Kementerian Kebudayaan Maghribi berkenaan Kaftan Maghribi?
A: Kementerian Kebudayaan Maghribi turut merakamkan penghargaan kepada para penggiat seni dan masyarakat sivil Maghribi yang menyokong usaha memelihara serta mengangkat legasi pakaian bersejarah Kaftan Maghribi.