awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian Australia kaitkan dengkuran dengan tekanan darah tinggi

Bernama
Bernama
04/10/2024
20:40 MYT
Kajian Australia kaitkan dengkuran dengan tekanan darah tinggi
Kajian mendapati bahawa 15 peratus daripada 12,287 peserta berdengkur lebih daripada 20 peratus waktu malam secara purata dalam tempoh pemantauan selama enam bulan. - Gambar hiasan
CANBERRA: Kajian dari Australia mendapati terdapat kaitan antara berdengkur dan tekanan darah tinggi.
Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis tidur dari Universiti Flinders di Australia, individu yang kerap berdengkur pada waktu malam lebih cenderung mengalami tekanan darah tinggi dan hipertensi yang tidak terkawal, lapor Xinhua.
Hipertensi berlaku apabila tekanan dalam saluran darah seseorang terlalu tinggi. Ia boleh menyebabkan kerosakan serius kepada jantung dan meningkatkan risiko serangan jantung, strok, kegagalan jantung dan penyakit jantung.
Kajian mendapati bahawa 15 peratus daripada 12,287 peserta berdengkur lebih daripada 20 peratus waktu malam secara purata dalam tempoh pemantauan selama enam bulan.
Mereka yang mempunyai tahap dengkuran tinggi mempunyai tekanan darah 3.8 mmHg higher systolic blood pressure dan 4.5 mmHg higher diastolic blood pressure berbanding peserta yang tidak berdengkur.
Kajian oleh Universiti Flinders ini adalah yang pertama menggunakan teknologi pemantauan di rumah untuk tempoh yang panjang bagi menyiasat kaitan antara berdengkur dan hipertensi. Peserta kajian kebanyakannya dalam lingkungan umur pertengahan, dengan 88 peratus adalah lelaki.
"Untuk kali pertama, kami dapat mengesahkan secara objektif bahawa terdapat hubungan yang ketara antara berdengkur secara kerap pada waktu malam dan tekanan darah tinggi.
"Keputusan ini menekankan kepentingan mempertimbangkan dengkuran sebagai faktor dalam penjagaan kesihatan dan rawatan bagi masalah berkaitan tidur, terutamanya dalam konteks menguruskan hipertensi," kata Bastien Lechat, ketua penyelidik dari Kolej Perubatan dan Kesihatan Awam, Universiti Flinders dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 1.28 bilion orang dewasa berumur 30-79 tahun di seluruh dunia mengalami hipertensi dan 46 peratus daripada mereka tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#tekanan darah tinggi
#waktu malam
#hipertensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan